Tuesday, October 12, 2010

Dun despair

For long time i left this blog without writting anything..

Today, i come back juz to fulfill some space in this post space...
Actually i dun know what i wanna say bcoz i think my mind is lack of new knowledge and information which i can share with my frens...
i juz wanna express my feels and my thoughts...
i'm feel so sad...because my life in uia is very challenging....everything is change
my mid term results are so bad..not as my expectation..
i'm trying not to look at back....but sometimes i was haunted by the bleakness that i had gone trough...how i can build up my strength and motivation to overcome this barries so that i'll not despair in my way....

Read more...

Friday, April 2, 2010

Langkah pertama


Hampir 2 bulan lebih saya tidak menulis, walau apa pun alasan yang diberikan tidak mungkin dapat mengisi semula masa yang telah berlalu pergi dek kerana kewajipan yang terlalu banyak melebihi masa yang ada. Biarpun terpaksa berpenat lelah mengejar sisa-sisa masa yang telah jauh berlari. Mungkin ini hanya sekadar coretan hati sebagai langkah pertama setelah sekian lama menyepi dari dunia dakwah maya ini.


Mencari terapi

Hampir satu tahun diberikan 'mc' dari kerja dakwah telah menyebabkan banyak kerja-kerja dakwah tertangguh dan bertimbun untuk diselesaikan ditambah pula dengan penyakit baru menyerang menyebabkan seolah-olah dirinya lumpuh dan tidak mampu lagi melaksanakan segala timbunan kerja tersebut. Adakah mampu si lumpuh ini bangun kembali?. Ya, sudah pasti boleh, kecanggihan teknologi hasil refleksi daripada ayat -ayat al-Quran mampu menjadi terapi yang cukup berkesan untuk mengembalikan si lumpuh bangkit semula.

Kronologi pesakit lumpuh

Mula-mula terlalu selesa berada di rumah sehingga mengakibatkan malas untuk keluar berdakwah. Titik tolak daripada itu, si lumpuh mula diserang penyakit hati di mana syaitan menjadi faktor penggalak ataupun pemangkin kepada penularan virus tersebut. Kesannya...hati semakin sakit sehingga hati tidak mampu lagi berhubung dengan akal fikiran, hal ummat tidak lagi difikirkan kerana mesej tersebut tidak sampai ke otak, yang sampai cuma mesej tentang diri sendiri dan perkara-perkara remeh...


Penawar

Apabila kita sentiasa bersama-sama kelompok yang melaksanakan dakwah kepala kita akan ligat memikirkan masalah umat dan tidak sempat memikirkan diri sendiri...malah segala kepenataan akan menjadi satu nikmat yang paling berharga kerana kepenatan itu adalah kerana-Nya


Dakwah adalah pilihan bukan pelarian,
Dakwah adalah perjuangan bukan profesion,
Dakwah adalah menyeru bukan kompromi atau toleransi buta,
Dakwah berpihak kepada yang hak bukan yang batil,
Dakwah adalah memberi khabar gembira bukan hiburan yang membuatkan orang ketawa,
Dakwah adalah berterusan dan bukan sesaat,
Dakwah adalah mengingatkan penguasa yang zalim bukan bungkam atau tunduk pada kepentingan,
Dakwah adalah ikhlas sabar dan istiqamah bukan tergesa-gesa dan cepat putus asa...





Read more...

Sunday, January 10, 2010

Di sebalik tabir

Di sebalik tabir dunia, tersingkap satu rahsia yang mungkin di antara kita tahu, tahu sikit-sikit ataupun tidak tahu langsung malah paling teruk tidak menyedarinya langsung. Dalam banyak-banyak perbincangan bersama beberapa orang sahabat saya, ada satu perkara yang menarik hati saya di mana salah seorang sahabat saya mengeluarkan sepotong ayat al-Quran yang berbunyi :

"Demi sesungguhnya engkau (wahai Muhammad) akan dapati manusia yang keras sekali permusuhannya kepada orang-orang yang beriman ialah orang-orang Yahudi dan orang-orang musyrik....."(Al-Maidah : 82)

Ya, sudah tidak dapat dinafikan bahawa sememangnya permusuhan orang yahudi terhadap orang Islam sudah bermula sejak daripada zaman Rasulullah SAW di mana dalam ayat tersebut dalam tafsir al-azhar menyebut bahawa ketika turunnnya al-Quran sewaktu itu Yahudi pada ketika itu mempunyai satu kelompok yang besar di Madinah, dari berbagai-bagai kabilah, dan mereka pada ketika itu sangat memusuhi orang-orang yang beriman. Manakala, musuh kedua Islam ialah golongan musyrikin yang mempunyai pusat kekuatan mereka pada ketika itu di Mekah.

Sejak kewafatan Rasulullah SAW, konspirasi yang telah dijalankan oleh Yahudi bagi menghancurkan dunia Islam dilakukan dengan lebih teliti dan terancang hingga ke hari ini. Sekiranya ingin dihuraikan mengenai tipu daya yang mereka lakukan sudah pasti memerlukan satu perbincangan yang sangat panjang dan lebar kerana terlalu banyak konspirasi yang telah mereka. Antara peristiwa paling besar yang telah terlakar dalam sejarah yang menjadi luka tidak sembuh-sembuh bagi seluruh ummat Islam ialah kejatuhan khilafah uthmaniyyah. Di mana sewaktu kegemilangan Islam, orang Yahudi mengetahui kekeutana utama kaum Muslimin adalah bersatunya mereka di bawah satu kepimpinan Khilafah Islamiah. Konspirasi bagi menghancurkan Turki Uthmaniyah bermula pada pemerintahan Sultan Murad dan konspirasi ini berlaku hampir lebih dari pada 400 tahun hingga runtuhnya di tangan Mustafa Kamal Atartuk..

Kekuatan Yahudi dalam menjayakan konspirasi...

Fokus sebenar saya pada penulisan kali ini ialah mengenai Gerakan rahsia yang digunakan oleh Yahudi merupakan salah satu kekuatan yang masih diguna pakai hingga ke hari ini. Inilah rahsia yang saya maksudkan pada awal perbincangan saya. Saya cuba mengulas bukan menterjemah mengikut disiplin terjemahan sebenar kerana artikel tersebut kerana teks asalnya berbahasa Inggeris dan saya sendiri mengakui bahawa saya juga termasuk golongan yang tahu, tapi sikit-sikit, kerana keterbatasan ilmu di dalam dada ini mengenai maklumat siapakah sebenarnya yang menjadi dalang terhadap kebobrokan dalam dunia hari ini.

ILLUMINATI

Mungkin di kalangan kita bersetuju bahawa ada sesuatu yang tidak kena dengan dunia hari ini. Jenayah perang, penghapusan etnik, keganasan terhadap hak asasi manusia, dan pelbagai lagi kemusnahan yang berlaku di dunia ini yang tidak terhitung banyaknya. Adakah semua keadaaan ini terpisah antara satu sama lain ataupun ianya mempunyai satu punca yang menyebabkan segala situasi buruk tersebut berlaku?

Marilah sama-sama kita renung sejenak.

Kita jarang mempunyai peluang untuk berfikir dan bermuhasabah kerana dalam kehidupan seharian kita dihujani dengan maklumat dan propaganda tidak kita di mana kita berada. Hidup ini satu perkara yang sangat meletihkan, kita perlu mencari nafkah and kita sangat takut sekiranya kita diberhentikan kerja. Kelansungan hidup kita sentiasa terancam...

Illuminati adalah satu pertubuhan yang rahsia kelompok pengamal rahsia yang sudah beribu-ribu tahun dan mereka menggunakan Jewish Carbala sebagai panduan untuk menindas populasi lain. Ianya bukanlah pertubuhan satu kelompok lelaki ataupun kumpulan orang dewasa yang cuba untuk mendapatkan keseronokan dalam hidup, tetapi sesuatu perkara yang besar dan kejam. Malah ianya telah satu organisasi yang telah disusun rapi yang mengandungi manusia yang berada pada kedudukan yang teratas. Mereka adalah orang yang mempunyai kekayaan yang paling tinggi (Super Wealthy) yang berada lebih tinggi daripada undang-undang. Kebanyakan daripada kalangan mereka tidak pernah muncul dalam senarai manusia terkaya di dunia kerana mereka adalah rahsia dan sebenarnya disebalik manusia paling kaya tersebut adalah yang lagi kaya. Kaya disebalik paling kaya. Apa yang memandu hidup mereka ialah kuasa, duit dan mengawal seluruh kehidupan dan kematian orang lain dan diri mereka sendiri.

Perkataan Illuminati bermaksud;

1. Manusia yang mendakwa diri mereka adalah membawa pencerahan kepada sesuatu
2. Pelbagai kumpulan yang mendakwa diri mereka sebagai agama yang membawa kepada pencerahan
3. mencerahkan sesuatu

Semua pengertian ini diambil daripada '' The American dictionary of the English Language"
Definisi-definisi ini memberitahu kita bahawa mana-mana kumpulan yan gmendakwa diri mereka sebagai pencerahan boleh digelar sebagai Illuminati

The Super Power Rich People...

Illuminati merupakan top players bagi pentas permainan dunia. Gerakan ini dianggotai sebanyak 30 manusia terkaya di dunia dan merekalah yang mengatur dunia di sebalik tabir yang tertutup. Mereka adalah The Real Decision Maker, yang membuat peraturan yang perlu diikuti dan dipatuhi oleh presiden-presiden dan kerajaan-kerajaan. Mereka dihubungkan dengan pertalian darah daripada beribu tahun lamanya. Mereka sangat menjaga pertalian darah ataupun keturunan mereka sebaik mungkin. Contohnya sekiranya salah seorang daripada daripada anak mereka mahu berkahwin, ibu bapa merekalah yang akan membuat keputusan dengan siapa mereka harus berkahwin.

Money Create Power...

Penipuan berlaku secara rahsia dalam pemerintahan dan ekonomi di mana duit mencipta kuasa atapun Money Create Power. Illuminati menguasai semua semua bank-bank antarabangsa, perniagaan minyak, paling berkuasa dalam sektor industri dan perdagangan malah mereka turut menyerap masuk ke dalam politik dan pendidikan dan menguasai beberapa kerajaan dan mengawal kerajaan-kerajaan tersebut. Bukan itu sahaja, mereka juga yang menguasai Hollywood dan Industri Musik.

Satu contoh terbaik adalah sewaktu pilihan raya untuk memilih presiden. Ianya bukanlah satu rahsia lagi bahawa calon yang mendapat bantuan dalam bentuk kewangan dan liputan media yang baik akan memenangi pilihan raya. Media tahu bagaimana untuk memanipulasikan manusia yang tidak tahu apa-apa yang mudah terpengaruh dengan calon yang telah dipilih oleh Illuminati. Maka sudah pasti kemenangan berpihak kepada mereka. Biasanya calon adalah daripada keturunan mereka sendiri dan yang paling banyak korupsi. Illuminati meletakkan mereka di posisi paling tinggi yang mana illuminati tahu bahawa mereka mempunyai banyak korupsi di masa lepas, jadi senang bagi puak illuminati ini untuk mempergunakan mereka. Mereka dijanjikan dengan kemasyhuran dan keuntungan sekiranya mereka mengikut segala kehendak yahudi Illuminati ini. Sekiranya mereka ingkar, pemain boneka ini iaitu yahudi illuminati ini akan mengancam untuk membuka kekorupsian yang mereka lakukan sebelum ini kepada rakyat. Malah, sekiranya dengan cara tersebut tidak membantu, akhir sekali adalah dengan menamatkan riwayat seseorang presiden tersebut sepertimana yang telah berlaku kepada salah seorang Presiden Amerika iaitu John F. Kennedy dan banyak lagi selain daripada presiden2 Amerika.....

Dari sudut yang lain pula, adakah benar presiden-presiden ini yang sebenarnya running the games??. Seperti contoh sebagai seorang CEO bagi sesebuah syarikat korporat. Dia adalah Decision Maker selagi mana dia mengikut polisi syarikat tersebut. Sekiranya dia mempunyai idea untuk mengubah sesuatu, dia perlu mendapatkan persetujuan daripada pemilik sebenar syarikat tersebut. Begitulah halnya dengan politikus-politikus, mereka bukanlah pemilik kuasa @pun top player yang sebenar kerana yahudi illuminati inilah yang menguasai mereka yang kebanyakannya merupakan Sectarian Jewish Elite yang menggunakan idealogi Zionism sebagai alat untuk mencipta negara yahudi di Ïsrael, manakala Jerusalem sebagai ibu negara. Jangan kita keliru dengan zionis dan yahudi biasa kerana orang yahudi biasa ini tidak boleh mampu membuat sebarang pengkhianatan terhadap perkara-perkar yang berkaitan dengan kemanusiaan. Calon untuk presiden dipilih dengan teliti oleh 30 ahli keluarga Illuminati yang mempunyai pertalian darah yang sama dan jika kaji semula semua Presiden Amerika Syarikat dari mula sampai sekarang kebanyakannya mempunyai pertalian darah dengan mereka melalui susur galur nenek moyang mereka.

Mereka mempunyai six diciplines of training untuk keluarga mereka iaitu :

1) Ketenteraan
2) Kerajaan
3) Spiritual
4) biasiswa@bantuan pelajaran
5) Kepimpinan
6) Sains

Setiap ahli keuarga dididik sejak dari kecil tentang perkara-perkara yang telah disebutkan tadi. Satu perkara yang ingin dijelaskan di sini ialah, sesiapa juga boleh menyertai gerakan ataupun persatuan-persatuan rahsia tetapi sebaliknya dengan gerakan illuminati ini kerana mereka sememangnya dilahirkan sebagai pelapis dalam pertalian darah yang betul. Kadang-kadang ada manusia yang tamak dan zalim menyertai 'agenda' mereka semata-mata untuk mendapatkan kuasa dan duit tetapi mereka tidak boleh menyertai dan menjadi ahli gerakan tersebut.

Matlamat sebenar Illuminati...

Mewujudkan satu kerajaan dunia dan mereka adalah mereka adalah the top rule into slavery and dictatorship. George Bush dan beberapa pendukung penting seperti Mikhail Gorbhachev dan Gordon Brown dengan secara terbukanya dikenali sebagai New World Order, yang juga merujuk kepada One World Government. Apa yang penting sekarang ialah mereka seolah-olah ingin meletakkan mahkota kemenangan tersebut di atas kepala mereka sebagai pemerintah diktator dunia dan juga bagi menamatkan misi mereka. Sedar tak sedar, konsep ini seakan-akan konsep 1 Malaysia yang digunakan oleh Perdana Menteri kita sekarang. Fikir-fikirkan..=)

Inilah matlamat sebenar mereka yang perlu kita fahami sepenuhnya. Setiap orang perlu sedar adakah matlamat tersbut perlu dicapai dalam satu masa. Tentu sekali tidak, kerana ia memerlukan masa yang panjang dan perlahan-lahan. Walau bagaimana pun mereka telah melaksanakan banyak perkara bagai mencapai matlamat tersebut dalam beberapa dekad ini, disebabkan oleh industri dan era teknologi. Tugasan segera mereka ialah untuk merendahkan standard living negeri-negeri maju seperti Amerika Syarikat dan Eropah kepada tahap yang cukup rendah. Jadi kerajaan boleh meng'control' rakyat dengan mudah.....

to be continued...

Sebenarnya ada lagi pendedahan yang lebih menarik mengenai dunia illuminati ini. Mungkin ini satu permulaan dan kita juga sebagai muslim harus melihat perkara ini dari perspektif kita sebagai orang Islam...walau apapun kajian yang kita lakukan haruslah kita mempunyai pandangan dari perspektif agama kerana setiap yang berlaku di muka bumi adalah datang daripada Allah SWT sama ada baik mahupun buruk, semuanya datang dari Allah dan andai sesuatu perkara itu buruk, anggaplah ia sebagai satu ujian untuk melihat sejauh mana keimanan kita kepada Allah SWT. Dalam satu hadith mengenai tanda-tanda akhir zaman, ada satu hadith menyebutkan tentang akan berlaku satu ujian yang dahsyat terhadap iman manusia, dan di dalam tafsiran hadith tersebut menyebutkan seolah manusia pada pagi dia beriman kepada Allah SWT manakala pada petangnya mereka sudah tidak lagi beriman kepada Allah SWT. Begitulah sedikit sebanyak gambaran mengenai bagaimana ujian yang amat dahsyat kepada iman kita. Persiapkanlah diri kita dengan iman yang mantap agar kita tidak terjerumus dalam konspirasi dajal yang akan menyebabkan kita bersama-sama mereka di neraka Allah yang sangat pedih azabnya. Nauzubillahi minzalik.

Mungkin setakat ini sahaja dahulu yang saya dapat berkongsi..sebenarnya masih banyak benda yang perlu kita sama-sama explore dan kaji mengenai illuminati ini, gunakanlah sebaiknya medium internet ini untuk mencari sesuatu boleh memberi manfaat kepada diri anda dan orang lain...

Walaupun, sehebat mana perancangan Yahudi ini, sebenar perancangan Allah lebih hebat daripada apa yang mereka rancangkan...Disebabkan sudah lama saya tidak mengupdate blog , terkadang saya rasa menyesal kerana banyak benda dan isu saya tidak dapat berkongsi dengan mereka yang sudi mengunjugi blog saya yang tidak seberapa ini.

Terima kasih pada sahabat-sahabat yang sentiasa memberikan sokongan dan semangat untuk saya terus istiqamah. Semoga Allah SWT meredhai kalian semua....

Read more...

Wednesday, November 11, 2009

Formula Merangsang Minda dan Pemikiran (EQ & BSE) 8 Zon Kecerdasan Emosi



8 Zon Kecerdasan Emosi

Zon 1- hidung meningkatkan tahap kerohanian setiap individu. Formula Naluri - Deria bauan berkait rapat dengan deria citarasa. Formula yang merangsang daya pendorong. Meningkatkan kesedaran diri. Formula yang membangkitkan kepuasan.Tanda-tanda seseorang itu mempunyai kekuatan kerohanian yang tinggi ialah ia mempunyai semangat yang sangat kuat dalam melakukan setiap aktiviti seharian. Apabila tahap kerohanian yang tinggi telah diperolehi oleh seseorang individu, maka mindanya akan melahirkan ilham yang banyak, daya imaginasi yang tinggi dan hasrat/ azam yang kuat dalam menjalani kehidupan ini. Setiap angan-angannya adalah terarah kepada sesuatu yang berguna dan berkualiti. Ia juga akan mampu mencetuskan idea-idea yang bernas apabila diminta sesuatu pandangan. Deria hidung ini bersambung pada saraf olfactory dan seterusnya bersambung terus ke sistem limbik otak yang akan melahirkan perasaan-perasaan tertentu seperti ketenteraman dan kebahagiaan.

Zon 2- mata akan merangsang kemampuan minda dalam mengenali dan melahirkan segala bentuk gambaran sama ada dalam bentuk lakaran ringkas atau kompleks. Mata juga mempelajari dan menganalisa sesuatu bidang hanya berdasarkan symbol-simbol tertentu atau ‘hints’yang sedikit. Natijah daripada ini, daya kreativiti minda akan meningkat dan keseronokan belajar akan lahir daripada diri setiap individu.

Zon 3 - Telinga, minda akan menjadi sensitif dan peka bertindakbalas terhadap segala bentuk bunyi-bunyian baik yang dapat didengari ataupun yang tidak dapat didengari. Bunyi-bunyian yang tersusun indah dan resonan akan dapat meningkatkan moral diri setiap individu dalam menjalani kehidupan seharian. Di samping itu, minda juga akan mampu menganalisa bunyi-bunyian yang didengari secara verbal daripada orang lain sama ada kata-kata itu dilahirkan secara langsung ataupun tidak langsung. Minda akan dapat menangkap setiap maksud yang didengarinya dan boleh membezakan sama ada kata-kata itu diucapkan secara ikhlas dan tulus atau secara sinis melalui intonasi setiap patah perkataan.

Zon 4 - merangsang bahagian sulkus tengah/ sentral yang terletak di bahagian tengah atas otak. Sulkus sentral mempunyai hubungan yang sangat rapat dengan deria bulu roma yang terdapat di seluruh tubuh yang bertindak sebagai reseptor. Segala bentuk gelombang maklumat di persekitaran tubuh akan segera dapat dikesan oleh bulu roma dan maklumat ini akan dihantar ke sulkus sentral untuk dianalisa sebelum ia diedarkan ke bahagian-bahagian lain otak. Sentral sulkus juga berperanan dalam penyusunan ayat sama ada dalam bentuk verbal, bunyi-bunyian mahupun tulisan. Disiplin diri akan meningkat pada diri individu apabila deria bulu roma menjadi semakin peka dan sensitif terhadap persekitaran. Jika sebelum ini seseorang individu itu bersifat pengotor, maka dengan pengambilan formula EQ zon 4 ini akan meningkatkan disiplin diri menjadi seorang yang pembersih, kemas, teratur dan sebagainya. Deria gerak rasa/ intuisi juga terletak sulkus sentral; apabila ia peka dan sensitif, sesuatu perkara yang belum berlaku akan dapat dirasai kehadirannya terlebih dahulu. Setiap geraklaku individu itu sentiasa dalam keadaan selamat apabila deria bulu romanya peka terhadap persekitaran.

Zon 5 - merangsang deria tubuh yang meliputi kawasan lubus parietal otak. Segala bentuk maklumat dalam bentuk tekanan sama ada kuat atau lembut akan dianalisa oleh deria ini – kulit. Apabila zon 5 ini aktif/ peka, minda akan mencetuskan idea-idea yang terkehadapan dan berpandangan jauh. Segala maklumat yang wujud di dalam ingatan akan dianalisa, diuji dan pelbagai hipotesis mampu dihasilkan untuk mencapai matlamat yang difokuskan. Kawasan lubus periatal yang aktif akan mampu melakukan congakan, telahan, ramalan dan jangkaan untuk masa-masa mendatang. Individu ini akan menjadi lebih bijak dalam membuat satu-satu keputusan dalam hidup yang mana ini akan membuatkan ia bertambah matang.

Zon 6 - merangsang lubus frontal (hadapan) otak terutamanya di dalam kemahiran linguistik, komunikasi, sebutan dan makna. Seseorang individu itu akan cekap mempelajari pelbagai bahasa, fasih berkata-kata, jelas segala pertuturannya dan juga akan sentiasa mengeluarkan kata-kata yang penuh makna. Dengan kata lain, individu ini tidak suka mengeluarkan kata-kata yang sia-sia. Deria yang berkaitan dengan formula EQ zon 6 ini adalah suara. Setiap patah perkataan dan ayat yang dipertuturkan akan disertai dengan nada dan intonasi yang tepat dan harmonis.

Zon 7 - merangsang lubus parietal daripada sudut pemprosesan maklumat. Dengan pengambilan formula ini, seseorang individu itu akan mampu melakukan analisa perhitungan, melakukan pengkelasan terhadap sesuatu perkara, melakukan perhitungan dengan ketepatan yang konsisten, berfikir dengan kaedah logik dan matematik, berfikir secara saintifik dalam menilaikan sesuatu perkara dan mempunyai idea-idea yang bersifat futuristic/ terkehadapan, yang mana kemahiran-kemahiran seperti inilah yang biasanya dinilai sebagai tahap kecerdasan oleh kebanyakan ahli masyarakat. Deria yang berkaitan dengan zon 7 ini ialah lidah di mana ia berhebungkait dengan cita rasa. Lidah akan menjadi lebih peka dan sensitif terhadap setiap rasa makanan dan minuman yang melaluinya. Walaupun deria yang teransang oleh zon 7 ini ialah lidah, namun ia juga pada hakikatnya meningkatkan tahap cita rasa individu daripada sudut perasaan/ emosi (feeling), persepsi dan visual terhadap segala faktor-faktor persekitarannya.

Zon 8 - merangsang lubus frontal otak. Tenaga daripada zon 8 ini akan meningkatkan kemahiran individu daripada sudut pergerakan, kekuatan, kinestatik, kinestatik, ekologi (persekitaran), idea dan percubaan. Dengan tenaga ini, seseorang individu itu akan mempunyai kemahiran sosial yang tinggi dan berani untuk melakukan sebarang bentuk tindakan yang berisiko tinggi. Dengan kata lain, formula zon 8 EQ ini akan meningkatkan kemahiran individu itu daripada sudut aktiviti-aktiviti fizikal. Kemahiran ini adalah sangat penting bagi setiap individu agar tidak berasa kekok apabila berhadapan dengan masyarakat sekeliling. Seseorang individu itu akan mampu menyesuaikan diri apabila ia berada di tengah-tengah masyarakat pada semua tahap bangsa, usia dan tempat. Dewasa ini, terdapat ramai mahasiswa universiti tempatan yang kehilangan kemahiran bersosial (pada zon 8); ini menyebabkan mereka gagal mendapat tempat di mana-mana sektor swasta. Dengan ini, pengambilan formula zon 8 EQ dapat membantu mengatasi masalah pehubungan sosial yang dihadapi oleh kebanyakan mahasiswa universiti.

Oleh : JULIE EZWIN aka ALYA ZARA

Read more...

Saturday, October 31, 2009

Tawakuf Sekejap










Sempena peperiksaan yang bakal tiba, saya ingin mengucapkan Selamat Maju Jaya kepada sahabat-sahabat, semoga kita semua akan dipermudahkan oleh Allah SWT untuk menghadapi hari peperiksaan.

Buat sementara ni, saya mungkin akan tawakuf @pun dalam istilah lain berhenti sekejap utk menulis kerana bagi saya kita perlu berjuang mengikut Prioriti Semasa.

Akhir kata, doakan kejayaan saya dan rakan-rakan yang lain agar berjaya dengan natijah yang cemerlang, gemilang dan terbilang baik bagi peperiksaan dunia mahupun akhirat.


Bittaufiq wan najah (Arab)


İyi şanslar! (Turki)

Bonne Chance! (Parsi)

Bona fortuna! (Latin)



Behatslacha (Hebrew)


Срећно (Srećno )(Serbia)


Καλή τύχη! (kalí tíhi!) (Greek)




*Ucapan Selamat Maju Jaya di atas adalah pengaplikasian 7 bahasa yang dikuasai oleh Sultan Muhammad al-Fateh. Moga satu hari nanti saya mampu menguasai 7 bahasa di atas..hehe=)..Nothing Impossible..

"Where there is a Will there is a Way"

Read more...

Saturday, October 24, 2009

Bangkitkanlah Ia..

2-3 hari yang lepas saya telah kehilangan dompet saya yang mengandungi dokumen-dokumen penting dalam hidup saya. Kad pengenalan, lesen memandu, buku bank, 3 kad ATM. Saya rasa kepala saya bagaikan dihempap satu batu yang besar. Semuanya berlaku sekelip mata.

Bak kata pepatah Melayu, " Hujan panas permainan hari, susah senang permainan hidup".


Redha dapat menghilangkan kesedihan

Ya, memang benar, saya terima dengan hati yang redha akan segala ketentuan ini. Pada mulanya saya berasa sangat tertekan, tetapi saya cuba positifkan minda agar menerimanya dengan hari yang redha kerana hati yang redha itu akan menghilangkan kesedihan. Mujur juga ada sahabat-sahabat yang telah memberi sokongan dan semangat. Terima kasih di atas jasa kalian. Bagi saya mereka ibarat pepatah arab yang ada menyebut :

إن أخا الهيجاء من يسعى معك
Saudara dalam pertempuran ialah orang yang berjuang denganmu

إن أخاك من آساك
Saudaramu adalah orang yang mempertaruhkan dirinya untukmu



Dalam sebuah hadith Rasulullah SAW :


ولا نقول إلا ما يرضى ربنا


Kami tidak akan mengatakan, kecuali perkataan yang diredhai oleh Tuhan kami


Sesungguhnya, kita punya satu tugas yang suci, iaitu tunduk dan pasrah bila sesuatu yang ditaqdirkan untuk kita telah datang, supaya kita meraih manfaat dan akibta yang baik darinya. Dengan redha terhadap taqdir, kita akan selamat dari malapetaka saat ini dan kerugian pada masa akan datang. Qadha Allah pasti akan terjadi baik kepada yang menolak dan menerima. Beza yang menerima akan mendapat pahala dan kebahagiaan, sedangkan yang menolak akan mendapat dosa dan kesengsaraan.

Sebenarnya bukanlah niat saya menulis artikel ini hanya untuk meluahkan kesedihan yang menimpa diri saya. Cumanya ada ibrah penting yang ingin saya kongsikan kepada pembaca sekalian mengenai sikap dan integriti Muslim pasca globalisasai hari ini. Saya tidak pasti sama ada musibah yang melanda diri saya adalah atas kecuaian saya kerana menyebabkan keciciran ataupun memang ada yang berniat untuk mencuri. Hanya Allah sahaja yang tahu. Tetapi andai saya benar-benar tercicir, kenapa tidak ada tanda-tanda dompet tersebut tercicir. Puas saya mencari sekitar jalan-jalan yang saya lalui, bertanya kepada kaunter perpustakaan, pejabat keselamatan. 3 kali saya meronda ke tempat yang saya lalui, masih tidak saya temui. Saya juga menaruh harapan agar ada yang memulangkan pada tempat yang mudah dirujuki. Ternyata harapan saya hancur kerana respon-respon yang saya terima adalah negatif.

Saya teringat pada sahabat saya yang pernah berkongsi pengalaman belajar di salah sebuah negara Eropah iaitu Jerman. Dia pernah berkata kepada saya, rakyat Jerman mempunyai sikap seperti orang Islam. Dia mengambil satu contoh, mungkin sebahagian merasakan bahawa perkara ini kecil, tetapi sebenarnya mempunyai makna yang mendalam. Contohnya andai sesiapa sahaja dalam kalangan kita yang kehilangan barang, tercicir dan sebagainya di mana-mana lokasi di Jerman, sekiranya kita kembali ke tempat kejadian pastinya kita akan menemui semula barang tersebut. Malah tidak diusik sama sekali. Dia kagum dengan sikap mereka, mereka bukan sahaja mempunyai kecerdasan IQ dan EQ yang tinggi tetapi SQ juga. Bagi kita umat Islam yang percaya bahawa Allah sentiasa melihat apa yang kita lakukan sudah pasti kita tidak akan melakukan perkara yang dibenci oleh Allah. Namun apa yang mengecewakan hal sedemikian tidak dapat memberi apa-apa nilai kepada kebanyakan negara-negara yang rata-rata penduduknya terdiri majoriti penduduk Islam. Contoh paling dekat ialah negara kita sendiri, kalau hilang satu sesuatu ataupun tertinggal barang di mana-mana sahaja, tidak sampai 10 minit saya percaya pasti barang tersebut akan lesap. Kecuali ada insan yang jujur dan amanah. Namun perkara sedemikian jarang berlaku. Kebarangkalian untuk tidak menjumpai semula barang yang hilang adalah lebih tinggi daripada jumpa. Walaupun sepertimana yang kita tahu,rakyat Eropah rapuh dari sudut pegangan akidah malah kebanyakan daripada mereka terdiri daripada golongan ethis dan hidup dalam pergaulan bebas tetapi sikap dan tatacara hidup mereka seperti orang Islam. Muhamad Abduh pernah menggambarkan situasi ini dalam kenyataan beliau iaitu:


" I went to Paris, and I found Islam without Muslim. I returned to Cairo and found Muslim without Islam..."

Sahabat-sahabat saya yang belajar di Timur Tengah juga pernah berkongsi pengalaman mereka berhadapan dengan sikap dan tingkah laku orang-orang arab muslim yang tidak mencerminkan peribadi sebagai seorang muslim. Ganas, kurang ajar, panas baran, mundur dan sebagainya. Saya tertarik dengan ulasan yang diberikan oleh salah seorang sahabat saya yang menyatakan :


"Kalau dahulu, kita bimbangkan pelajar yang ke Eropah, namun sekarang tidak, kita lebih bimbangkan pelajar yang ke Tanah Arab...mereka tersilap identiti...hilang jati diri, terkeliru dan akhirnya haru biru..Apa yang ada pada arab bukan semuanya baik, juga bukan semunya buruk. Bahkan ada yang pada arab itu lebih teruk dari apa yang ada pada barat. Itu yang payah untuk dihadapi oleh para pelajar di tanah arab. Akhirnya mereka tersilap cedok ramuan dan balik untuk memasak ramuan arab di tanah Melayu...hancur..."-Hasan husaini



Di mana hilangnya Khaira Ummatin dan Ummatan Wasatha?

Sebenarnya, Khaira Ummatin dan Ummatan Wasatha bukanlah hilang tetapi sedang berputar di orbit kegelapan. Ini yang menjadikannya seolah-olah hilang di padangan mata. Pernah suatu masa sewaktu Islam bercahaya Barat berada pada Zaman Kegelapan (Dark Ages). Malah dikatakan pada waktu perbezaan antara dunia Islam dan dunia barat seperti langit dan bumi.Victor Robinson membuat perbandingan ini dalam The Story Of Medicine (The New Home Library, New York, 1943) dengan berkata:


"Eropah bergelap pada waktu malam sedangkan Cordova bercahaya dengan lampu. Eropah kotor sedangkan Cordova membina 1000 tempat mandi. Eropah dipenuhi serangga sedangkan Cordova menukar pakaian dalam mereka setiap hari. Eropah dipenuhi selut sedangkan jalan-jalan di Cordova bertar. Istana di Eropah dipenuhi lubang asap di bumbung sedangkan bangunan-bangunan di Cordova tersergam indah. Tokoh Eropah tidak tahu menandatangi sendiri sedangkan anak-anak di Cordova sudah ke sekolah. Tokoh-tokoh agama di Eropah tidak tahu membaca risalah Kristian sedangkan ulama Islam di Cordova membina kutub khanah yang besar ..."



Dari zaman ke zaman

Setiap zaman itu ada masalahnya tersendiri, setiap zaman itu ada keutamaan perjuangannya yang tersendiri. Dengan sebab itulah Rasulullah s.a.w berfirman dalam hadithnya yang berbunyi “Sesungguhnya, Allah akan membangkitkan pada permulaan setiap abad (100 tahun) seorang mujaddid yang akan memperbaharui urusan agama ini”


Mengapakah agama ini diperbaharui? Adakah ianya bermaksud mujaddid-mujaddid tersebut akan membawa bid’ah-bid’ah di dalam agama? Tentu sekali tidak, memperbaharui disini bermaksud “mencantikkan semula agama ini kepada rupa bentuk asalnya” dan “membuang segala kekotoran yang terpahat pada al-Islam akibat bid’ah dan serangan-serangan musuh”.



Sekiranya kita mengkaji akan titik tolak menggilanya badai-badai kejatuhan ini, pastilah kita dapat melihat dengan jelas bahawa kebanyakan permasalahan-permasalahan ini bermula apabila runtuhnya sistem khilafah turki uthmaniyyah pada 1924. Tanah-tanah Islam mula dipecah-perintah mengikut fahaman perkauman yang sempit dan asabiyyah, pemerintahan dan pemerintah tanah umat Islam mestilah asuhan dan gaya barat dan menolak cara pemerintahan dan undang-undang syari’ah dan kekayaan bumi umat Islam ini diratah tanpa kawalan oleh pihak penjajah.



Setiap dari umat Islam itu perlu bertindak mengikut prioriti di zaman tersebut.Jika di zaman Mekah fokusnya adalah pembinaan individu muslim dan da’wah, jika di Madinah fokusnya adalah pembinaan sebuah negara dan usaha-usaha memperkukuhkannya, jika era umayyah, fokusnya adalah jihad menyebarkan amanah da’wah kepada seluruh pelusuk alam, jika era abasiyyah, fokusnya adalah mentadbir dunia dengan acuan ketamadunan Islam. Jadi apakah fokus kita pada abad ke-21 ?



Mungkin dapat kita simpulkan disini, permasalahan umat Islam pada abad ke-21 adalah tiadanya khilafah yang dapat mendokong dan menyatukan umat Islam keseluruhnannya dan mengembalikan roh Islam ke dalam jiwa umat ini. Umat Islam pada abad ke-21 adalah umat yang berpecah sepertimana zaman jahiliyyah, lemah dari sudut politik dan mudah dimanipulasi dan dijinakkan dari sudut ekonomi. Tanpa ragu, wajiblah umat Islam untuk berusaha mengembalikan pemerintahan khalifah di muka bumi ini dengan segala macam cara bermula dengan pembinaan individu-individu muslim yang faham al-Islam dengan kefahaman yang syumul dan memperjuangkannya dengan hati yang ikhlas dan penuh ketaqwaan.



Pelajarilah Islam dan Perjuangkannya...




Kembalikan episod yang mengagumkan itu...



Lothdrop Stoddard di dalam The New World of Islam berkata :



"Kebangkitan Islam merupakan satu episod yang paling mengagumkan dalam sejarah manusia. Ia lahir di bumi yang tidak terkenal kemudian dalam jangka masa hanya satu abad ia berkembang sehingga menguasai separuh alam"



Sudah tiba masanya untuk Islam bangkit menerajui segala perkara di dalam dunia dan memenangi hati masyarakat dunia dari sistem moral sehinggalah pentadbiran, dan sistem ekonomi sesebuah negara. Tidak diturunkan Islam hanya untuk menyuluh roh individu-individu sebaliknya kesyumulan Islam itu merangkumi kedua-dua aspek roh dan jasad secara kolektif. Marilah kita letakkan Islam sesuai dengan fungsinya semula, menyelamatkan kemanusiaan, mensejahterakan alam, sesuai dengan fungsi sebagai " Rahmatan Lil Alamin". Namun, cita-cita ini tidak mungkin akan tercapai secara automatik, ianya memerlukan tangan-tangan manusia untuk mendirikan semula. Ayuh, kita mulakan dengan benih-benih aqidah pada masyarakat di sekeliling kita. Kebangkitan Islam pasti tiba.



Saya bukanlah seorang yang pandai beretorika dalam berbahasa cumanya cukuplah sekadar bahasa yang saya gunakan dapat difahami dan sampai kepada para pembaca. Akhir bicara , bangkitkanlah ia setelah rebah, jangan biarkan ia sendirian tersungkur tanpa pembelaan....membiarkannya tersungkur sendirian bererti menghancurkan dan membinasakannya juga membinasakan diri kita, tidak di dunia pastinya di akhirat kelak..bertindak membangunkannya adalah amanah bagi kita semua yang bergelar Muslim yang Mukmin..



Apa yang baik itu datang daripada Allah, apa yang buruk itu datang daripada kelemahan saya sendiri. Walaupun hakikat kedua-dua itu datang daripada Allah. Tetapi kitalah sepatutnya membersihkan kelemahan,keburukan itu dengan iman yang ada pada diri kita seperti mana firman-Nya yang bermaksud:



"Serta mengilhamkannya jalan yang membawanya kepada kejahatan dan ketakwaan. Sesungguhnya berjayalah orang yang menjadikan dirinya yang sedia bersih bertambah-tambah bersih. Dan sesungguhnya hampalah orang yang menjadikan dirinya susut dan terbenam kebersihannya."-(Surah As-Syam ayat 8-11)


Sumber rujukan:

La Tahzan, Jangan Kamu bersedih, Dr. Aidh bin Abdullah Al-Qarni.

Minda Muslim Super, Dr Danial Zainal Abidin Abidin

http://www.dakwah.info





Read more...

Tuesday, October 13, 2009

Liberalisme yang Mencengkam

Strategi baharu golongan ahli kitab yang terdiri daripada Yahudi dan Nasrani iaitu Ghazwatul Fikr nampaknya telah menyebelahi mereka tatkala umat Islam lalai dengan kemewahan. Serangan cara baharu yang diketuai oleh orang-orang Yahudi ini begitu licik dan tersusun rapi sehinggakan umat manusia khususnya orang-orang Islam tertipu seterusnya jatuh tersungkur. Mereka Mula menyamar sebagai orang Islam dan membentuk kumpulan-kumpulan orang yang terkeluar daripada ajaran Islam yang sebenar. Semua kumpulan ini dibentuk mengikut idea jahat Yahudi yang menyeru umat Islam supaya meninggalkan jihad dan perjuangan menegakkan agama Allah di muka bumi ini. Ajaran-ajaran baru diterapkan untuk amalan orang-orang yang jahil tentang hukum hakam Islam yang sebenar. Maka bertitik tolak pada itulah kita menyaksikan bagaimana umat Islam ditindas di sana sini lantaran mereka meninggalkan perjuangan jihad dan menganuti isme-isme (fahaman-fahaman) yang menyeru kepada kebendaan dan ketaksuban. Fahaman-fahaman inilah dianuti umat Islam kini telah membentuk barah dalam pemikiran mereka.(1)

Liberalisme yang semakin busuk...

Apabila diberi peluang berhadapan dengan SIS dalam satu forum yang diadakan di kampus UIAM nampaknya persepsi saya sebelum dan selepas bersua dengan golongan ini tidak berubah. Antara panelis yang hadir Dr. Redhuan Tee Abdullah (Pensyarah Universiti Pertahanan Malaysia), Miss Ratna Osman mewakili Sister In Islam (SIS), panel terakhir ialah wakil muslimat daripada Jemaah Islah Malaysia (JIM). Satu perkongsian yang menarik dalam forum tersebut. Tidak dinafikan sebenarnya SIS ada sumbangannya dalam membantu dan membela nasib wanita-wanita Islam khususnya rakyat Malaysia. Namun begitu, saya tidak pasti sama ada mereka ini keliru atau buat-buat tak tahu tentang syariat Islam itu sendiri. Bagi mereka dahulu, kini dan selamanya mungkin...isu poligami, faraid dan seumpamanya tidak pernah adil di sisi mereka. Inilah fahaman feminisme campuran liberalisme yang mereka anuti sejak dari awal penubuhannya sehinggalah sekarang.

  • Muslim liberal bersifat kritikal mengenai kedudukan wanita dalam tradisi masyarakat Islam terutama konsep poligami dan hak pewarisan harta pusaka di mana anak perempuan menerima kurang dari anak lelaki. Mereka juga kritikal dalam konsep wanita sebagai ketua negara dan wanita tidak seharusnya diasingkan dari lelaki dalam masjid. Sesetengah Muslim liberal bersetuju wanita menjadi imam dalam sembahyang dengan makmum lelaki dan perempuan.

  • Sesetengah Muslim feminis juga menolak kewajipan hijab, dengan mendakwa pakaian yang sopan adalah cukup untuk lelaki dan perempuan. Bagaimana pun sesetengah Muslim feminis memakai hijab sebagai simbol menentang perlakuan wanita sebagai objek seks. "Pihak Sisters In Islam berpendirian bahawa pihak berkuasa tidak sepatutnya menggunakan paksaan dalam hasratnya untuk melihat wanita Islam menutup aurat. Agama bergantung atas iman dan kesanggupan. Mengenakan undang-undang dan peraturan atas pemakaian tidak semestinya akan menambahkan ketaqwaan orang-orang Islam. Sebaliknya ini membawa kepatuhan yang timbul dari perasaan gerunkan kepada pihak berkuasa dan Islam. Ini bukannya jalan kearah taqwa. Al-Qur'an menunjukkan bahawa sifat kesederhanaan timbul dari ketaqwaan, dan ketaqwaan tidak boleh dicapai melalui paksaan, samaada untuk menutup atau mendedahkan aurat. Al-Qur'an tidak memerintahkan kita memakai pakaian yang tertentu. Ayat-ayat mengenai kesederhanaan kelakuan dan pakaian dalam Al-Qur'an, apabila di tafsirkan menurut konteks sosio-sejarah zaman ianya di turunkan, mengagungkan sikap kesederhanaan dan tidak melampaui batas, menghindar dari perbuatan sumbang dan tidak sopan, dan memerintah kita menghormati kaum wanita sebagai satu tanda ketaqwaan."
  • Muslim liberal selalu menggugurkan tafsiran Quran yang mereka rasa terlalu konservatif kepada tafsiran yang lebih sedang disuaikan dengan kehidupan moden. Mereka menganggap tafsiran hendaklah mengambil kira keadaan pada kurun ketujuh dalam konteks budaya Arab pada masa itu.

  • Penggunaan Hadith dipersoalkan kerana undang-undang Islam banyak mengambil dari Hadith dan bukan dari teks al-Quran, akibatnya terdapat banyak lompang dalam isu-isu perundangan dan kekeluargaan.(2)

SIS merupakan ancaman baru bagi seluruh wanita Muslim di negara ini.Apa yang pasti Sister In Islam hadir dengan pakej meyakinkan bagi mereka yang longgar asas agama, atau yang culas dan mengambil agama separuh-separuh. SIS dilihat sebagai wadah paling tepat untuk menyuarakan hak-hak mereka.Sister In Islam dilihat mengagumkan kerana keintelektualan, kebijakan mempengaruh & berkata-kata serta didokong figura-figura berkuasa ! Lihat sahaja pada wacana-wacana keintelektualan anjuran mereka!. Membawa slogan Empowering Voice for Change SIS dilihat harapan baru bagi membawa wanita Muslim mendepani cabaran global agar tidak ketinggalan dan kemunduran.(3)


Sebenarnya jangan kita pelik kerana golongan sedemikian rupa sudah wujud pada zaman Rasulullah SAW lagi, di mana pernah suatu ketika Rasulullah SAW didatangi seorang wanita yang mewakili kelompok mereka yang menuntut hak kesamarataan. Antara persoalan yang ditimbulkan ialah 'Kenapa kami golongan wanita tidak dibenarkan berperang untuk mendapat pahala jihad', ' Kenapa kami sebagai wanita tidak boleh solat jumaat'? dan 'kenapa orang perempuan tidak boleh jadi imam?'. Dalam menjawab persoala-persoalan tersebut Rasulullah SAW menjawab bahawasanya kaum wanita tidak perlu pergi berperang untuk mendapat pahala jihad tetapi kaum wanita boleh mendapatkan jihad dengan cara yang lain. Pahala tetap sama cara yang berbeza. Melahirkan anak merupakan satu jihad bagi kaum wanita. Kalau mereka mati semasa melahirkan anak insyaAllah matinya mati syahid. Begitu juga dengan pahala solat jumaat, dengan memasak untuk suami yang baru balik dari solat jumaat wanita pahalanya sama dengan orang menunaikan solat jumaat.


Seperti cacing kepanasan?

Suasana tenang forum tiba-tiba bertukar huru-hara kerana salah seorang wakil daripada SIS yang menjadi penonton pada hari tersebut bangun sebagai tanda protes terhadap ucapan yang diberikan oleh Dr. Ridhuan. Belum sempat Dr. Ridhuan menghabiskan kata-kata kedengaran satu suara sumbang yang mengkehendaki ucapan Dr. diberhentikan. Hal demikian kerana Dr cuba mengupas isu Kartika sekadar untuk memberi contoh. Dalam kenyataan tersebut Dr telah mengeluarkan kenyataan tentang pertikaian hukuman sebat yang dikenakan kepada Kartika. Menurut beliau:

"Tuan badan sudah redha dengan hukum itu, kenapa ada yang terkinja-kinja dan sibuk mempertikaikan dan menghalang hukuman tersebut dijalankan...masih banyak wanita yang berzina depan mata kita, yang tu dulu yang patut kita tegur..."

Dengan lantang kenyataan beliau diselar oleh wakil SIS tersebut dan bertindak dengan penuh emosi menyuruh moderator agar menghentikan ucapan DR. Suasana menjadi semakin tegang apabila berlaku sedikit pertelingkahan antara mereka.

Pepatah Melayu menyebut "Kebenaran adalah Tuhan sendiri, keadilan adalah kebenaran yang dijalankan". Setiap apa yang bertentangan dengan agama itu bukan kebenaran. Kita punya minda untuk menilai, kita punya mata untuk melihat, kita punya hati untuk merasa dan kita punya telinga untuk mendengar. Siapa lah kita untuk mempertikaikan hukuman dan ketetapan Allah SWT.I barat mahu mengajar ALLAH SWT bahawa hukum yang Allah SWT telah tetapkan tidak sesuai dengan peredaran zaman. Sedarilah bahawa akal yang kta guna untuk berfikir itu bukanlah milik kita tetapi milik Allah SWT. Kita hanya pinjam. Jangan terlalu angkuh dengan pendapat kita dan terlalu merasakan falsafah kita adalah yang terbaik. Akhirnya kita mengikut jejak langkah syaitan yang asyik merasakan falsafah mereka adalah benar. Firman Allah SWT surah al-A'raf :




[11] "Dan sesungguhnya Kami telah menciptakan kamu, lalu Kami membentuk rupa kamu, kemudian Kami berfirman kepada malaikat-malaikat: "Sujudlah kamu kepada Adam", lalu mereka sujud melainkan Iblis, ia tidaklah termasuk dalam golongan yang sujud. [12] Allah berfirman: "Apakah penghalangnya yang menyekatmu daripada sujud ketika Aku perintahmu?" Iblis menjawab: "Aku lebih baik daripada Adam, Engkau (wahai Tuhan) jadikan daku dari api sedang dia Engkau jadikan dari tanah."


Disebabkan falsafah inilah yang menyebabkan syaitan menjadi hamba Allah yang takkabur "Aku lebih baik daripada Adam, Engkau (wahai Tuhan) jadikan daku dari api sedang dia Engkau jadikan dari tanah."


Iblis merasakan bahawa api lagi hebat daripada tanah sedangkan hakikat yang mengetahui apa yang baik dan apa yang tidak baik sesuatu itu adalah daripada pengetahuannya. Dia yang menciptakan api dan tanah sudah pasti Dia lebih mengetahui mana yang baik. Disebabkan keengganan Iblis tersebut menyebabkan mereka di buang dari syurga dan berazam untuk merosakkan keturunan Adam agar menemani mereka di akhirat kelak.

Hakikat api dengan tanah

Api memerlukan sesuatu untuk hidup, contohnya api tidak akan hidup tanpa adanya kayu atau pun bahan bakar. Api akan padam apabila ditiup angin, api akan mati apabila disimbah air. Berbeza dengan tanah, tanah tidak memerlukan kepada benda lain tetapi orang lain yang berhajat kepada tanah.

Berbalik isu kartika, SIS secara jelas menentang pelaksanaan hukuman tersebut. Namun hakikatnya hukuman yang dijatuhkan ke atas Kartika sebagai pelaksanaan hukum Islam di bawah Seksyan 136 Enakmen Pentadbiran Agama Islam dan Adat Resam Melayu Pahang 1982 dan boleh dihukum di bawah Seksyen 4 Enakmen sama (pindaan 1987) sebenarnya masih tidak mengikut syariat Islam yang sebenar. Enakmen ini sudah diluluskan sejak 27 tahun yang lepas namum yang menghairankan kenapa masih tidak ada hakim yang terlatih dan penyebat yang mahir untuk melaksanakan hukuman tersebut. Adakah enakmen ini diluluskan atas dasar politik semata-mata?kononnya telah sempurna tanggungjawab pemerintah melaksanakan hukum Islam. Hal ini menunjukkan pihak pemerintah tidak bersungguh-sungguh dalam melaksanakan hukuman tersebut dan seolah-olah melepaskan batuk di tepi tangga. Ibarat pemerintah hendak membuka sekolah , ia mesti seiring dengan guru dan alat kelengkapan belajar. Namun apa yang mengaibkan hukuman sudah terdedah tetapi tidak dapat dilaksanakan kerana tiada kepakaran(4).

"Kalau nak perjuangkan Islam perjuangkanlah secara syumul, jangan ambil sikit-sikit", demikianlah ucapan terakhir Dr. Ridhuan Tee Abdullah. 'Sikit-sikit' jadilah Islam hanya dipandang sebagai agama ritual sahaja bukan sebagai cara hidup.

Rakan-rakan yang dihormati,

Di saat ini, umat Islam rata-rata sedang berada dalam keadaan yang menyedihkan. Apa yang mereka cita-citakan selama ini iaitu kemerdekaan dan pengisiannya secara Islam yang syumul masih belum tercapai. Kemerdekaan yang dicapai hanya sekadar bebas dari penjajah asing, tidak lebih dari itu. Sebenarnya kemerdekaan dalam bentuk ini masih jauh daripada aspirasi kemerdekaan yang diperjuangkan. Malah apa yang sebenarnya terjadi lebih menyedihkan lagi.


Pakistan yang dibangunkan atas cita-cita penubuhan sebuah negara Republik Islam rupa-rupanya dalam waktu yang sangat singkat sudah berpecah menjadi Pakistan dan Bangladesh.

Mesir yang juga diharapkan untuk menegakkan pemerintahan Islam telah jatuh ke tanagn seorang diktator Jamal Abdul Naseer.

Tunisia yang dahulunya juga bercita-cita untuk menegakkan hukum Islam rupa-rupanya setelah merdeka telah mengenepikan hukum Islam sama sekali sehingga makan minum di bulan puasa sudah menjadi perkara biasa.(5)


Malaysia?Fikir-fikirkanlah...


Di akhir zaman ini kita bukan sahaja melihat penentangan terhadap Islam daripada golongan kafir tetapi daripada orang Islam sendiri. Saya suka untuk mengimbau kembali kejatuhan tamadun Andalusia, strategi Ghazwatul fikr inilah yang telah menghancurkan ummat Islam pada ketika itu kerana musuh tahu, sekiranya mereka melawan secara fizikal mereka akan kalah dengan orang Islam kerana adanya JIHAD.

"Bagaimanapun, selama Islam berada di Andalus berabad-abad lamanya itu, mereka tetap di keliling orang kafir Sepanyol yang sedia menanti untuk menghapuskan Islam di negara itu, namun mereka selalu gagal. Beberapa kali dicuba tapi selalu tidak berhasil. Mereka kemudian menghantar perisik untuk mengkaji kelemahan umat Islam di Sepanyol. Akhirnya perisik itu menemui cara untuk menakluki Islam di Sepanyol, iaitu melemahkan iman mereka dengan serangan pemikiran dan budaya. Mereka secara senyap menghantar arak dan rokok secara percuma ke wilayah Sepanyol. Muzik diperdengarkan untuk memujuk kaum mudanya agar lebih suka menyanyi dan menari daripada membaca al-Quran. Mereka juga mengirim sejumlah ulama palsu yang kerjanya meniupkan perpecahan di kalangan umat Islam Sepanyol. Akhirnya usaha mereka membuahkan hasil apabila satu persatu daerah di Sepanyol jatuh."



Dalam dunia pertembungan antara hak dan batil ini, ilmu adalah elemen penting bagi membersihkan dan mencerahkan pemikiran ummat Islam agar tidak terpedaya dengan serangan-serangan tersebut. Garaplah ilmu sebanyak yang mungkin. Saya ingin meminjam satu kata-kata daripada Ustaz Shaari, merangkap murabbi 1453 yang menyebut:



"Rahsia para pahlawan mukmin sejati terletak pada tradisinya berguru dengan orang-orang yang terbaik yang hidup di zamannya."



Apa yang ingin saya maksudkan dengan kata-kata di atas ialah dalam keghairahan kita menuntut ilmu, kita mestilah berguru kerana tidak cukup hanya dengan membaca sahaja untuk meningkatkan daya intelektual.

Media Massa berperanan besar dalam menyampaikan risalahIslam sebenar, terutama media elektronik dan media cetak.Namun apa yang berlaku harapkan pagar, pagar makan padi. Tetapi saya teruja membaca ruangan komen pembaca dalam majalah Forward. Komen tersebut telah dihantar oleh orang bukan Islam yang berbunyi :

"Previously, as non-muslim., I find that Hudud Law are cruel and even 'barbaric' to a certain extent against humanism in a respectable religion. However, your articles published were unprejudiced and thus making it interesting reading material. Of this, I would like to commend your effort" said Madam Mei from Seri Kembangan(6)


Ini adalah sebahagian komen beliau yang menarik hati saya untuk dikongsi bersama rakan-rakan sekalian. SIS merupakan satu realiti yang boleh membawa kepada kekeliruan dalam Islam. Kontroversi-kontroversi yang dicetuskan sedikit sebanyak menambahkan lagi Islamphobia dalam kalangan masyarakat bukan Islam. Ummat Islam sendiri yang mengelirukan golongan bukan Islam kerana tiadanya hilangnya qudwah dan jati diri sebagai mukmin yang sejati yang tinggal hanya Islam pada kad pengenalan. Gambaran buruk terhadap Islam adalah kerana umat Islam hari ini telah meninggalkan ajaran Islam sebenar. Jadi, menilai Islam pada individu menjadi kurang rasional pada hari ini. Hanya Rasulullah SAW sebaik-baik qudwah yang boleh dicontohi dan merupakan gambaran Islam yang sebenar dan syumul.

Ibarat sebuah kereta Mercedes. Andai kereta itu remuk ataupun mengalami kemalangan adakah kereta itu yang disalahkan? Jawapannya, sudah pasti kita tidak akan menyalahkan kereta tersebut tetapi pemandu tersebut yang lalai dan cuai kerana mungkin pemandu memandu tidak mengikut peraturan had laju ataupun memandu sembrono tanpa mematuhi peraturan jalan raya yang telah ditetapkan walaupun kereta tersebut telah dicipta dengan kelengkapan yang canggih, cantik, menarik, tertarik dan terbaik.


Sebagai muhasabah kita bersama, renungkanlah satu hadith Rasulullah SAW berbunyi:


"Akan datang waktunya nanti bahawa nasib kamu ibarat makanan yang dihidang untukmu di meja makan, tetapi telah direbut oleh segala orang"


Maksudnya ialah menjadi rebutan orang untuk dimakan, dihancurkan, dan dimanfaatkan oleh orang lain, satu demi satu jatuh gugur ke tangan penjajah. Ketika sahabat-sahabat bertanya, " Kenapa ummat Islam ketika itu menjadi sasaran dan mangsa orang lain?Apakah kerana jumlah mereka kecil sehingga orang berani memperlakukan sewenang-wenang terhadap mereka?". Rasulullah menjawab, " Bukan kerana bilangannya kecil, tetapi kerana tidak punya kualiti, tidak dihitung orang. Ketika itu Tuhan mencabut sifat keberanian dari jiwa kamu dan diletakkan sifat itu di jiwa musuh-musuh kamu. Musuh bertambah berani dan kamu penakut. Ini disebabkan oleh kerana kamu telah dihinggapi oleh dua macam penyakit : pertama hubbu' dunia iaitu rakus kepada dunia, tidak puas walaupun sudah punyai lebih dari apa yang diperlukan, masih menambah terus menerus berlipat ganda lantas menjadi bakhil, tidak mahu lagi menghulur untuk sabilillah kerana takut miskin. Kedua ialah karahiyyatul-maut, iaitu takut mati yang berlebihan, takut luka, takut rugi dan sebagainya". Apabila sifat sesuatu ummat sudah menjadi sedemikian rendah maka ia akan menjadi mangasa kepada orang lain.

Bagaimanapun, Tuhan masih sayang kepada ummat ini, dibangkitkan pejuang-pejuang Islam untuk menyedarkan mereka yang dan diberiNya keringanan dengan melepaskan mereka dari penjajahan yang membelenggu mereka sejak berabad-abad. Tetapi perjuangan ummat Islam masih belum berakhir, kita perlu berjihad terus untuk mengembalikan penyelewengan-penyelewengan yang berlaku selama ini ke jalan Allah, kepada kitab Allah dan Sunnah Rasul-Nya. Dan dalam menjalani jihad kita harus bersedia dan sanggup menghadapi cubaan-cubaan, ini adalah satu kemestian kerana tanpa cubaan, bukanlah perjuangan namanya. Ketika ditanya siapakah yang paling banyak meneriman cubaan, Rasulullah SAW mengatakan para anbiya' dan sesudah itu ialah orang-orang yang mengikut jejak mereka.(7)

Rujukan:

1) Gerakan Orientalisme & Kristianisasi Ancaman kepada Ummah, Hj. Nik Azran Muhamed dan Hj. Mohd Mahadi Hj. Isa.
2) Wikipedia
3) http://permataagama.blogspot.com/2009/06/cabaran-sigma-era-post-modernism.html
4)
Berdakwah di Jalur Politik, Berpolitik di Jalur Dakwah, Mohamad Natsir.
5) Harakah
6) Majalah Foward, Oktober 2009.
7) Op. Cit,Mohamad Natsir.

Read more...

  © Blogger template The Business Templates by Ourblogtemplates.com 2008

Back to TOP